Alhamdulillah dapat menjejakkan kaki semula di bumi Norway untuk kali 4 dalam tempoh 2 tahun ini.
Pastinya ini merupakan pengalaman pertama berpuasa diperantauan.
Selama seminggu berada di bumi Norway (18 - 25 Ogos 2010) atas urusan kerja.
Norway - negara 4 musim yang terletak berhampiran dengan kutub utara yang berpurata bercuaca sejuk bermula September sehingga Mei sepanjang tahun.
Berpuasa dimusim panas (summer) memerlukan ketahanan mental yang kuat kerana waktu siang yang panjang dimana bersahur seawal jam 3pagi dan berbuka selewat jam 8.30malam.
Walaupun di penghujung musim panas tetapi suhunya tetap sejuk iaitu sekitar 11 deg.C
Sekiranya hujan turun dan angin (dari kutub utara) suhu mencecah serendah 5 deg.C
Mengigil jugak lah kalau keluar malam.
Kepada sesiapa yang ingin mengetahui info selanjutnya mengenai Norway bolehlah rujuk pada bahagian 'oversea info' dalam blog ini.