Alhamdulillah dapat menjejakkan kaki semula di bumi Norway untuk kali 4 dalam tempoh 2 tahun ini.
Pastinya ini merupakan pengalaman pertama berpuasa diperantauan.
Selama seminggu berada di bumi Norway (18 - 25 Ogos 2010) atas urusan kerja.
Norway - negara 4 musim yang terletak berhampiran dengan kutub utara yang berpurata bercuaca sejuk bermula September sehingga Mei sepanjang tahun.
Berpuasa dimusim panas (summer) memerlukan ketahanan mental yang kuat kerana waktu siang yang panjang dimana bersahur seawal jam 3pagi dan berbuka selewat jam 8.30malam.
Walaupun di penghujung musim panas tetapi suhunya tetap sejuk iaitu sekitar 11 deg.C
Sekiranya hujan turun dan angin (dari kutub utara) suhu mencecah serendah 5 deg.C
Mengigil jugak lah kalau keluar malam.
Kepada sesiapa yang ingin mengetahui info selanjutnya mengenai Norway bolehlah rujuk pada bahagian 'oversea info' dalam blog ini.
Fuyoooo. lamanya puasa. sahur pukul 3 pagi. berbuka kul 830 mlm.
ReplyDeleteTapi x leh lawan waktu aku kena g Norway dulu.
Imsak pukul 130 pagi. berbuka 1130 mlm. waktu peak summer.
dan ujian paling best. dahla puasa panjang. orang sana lak pakai nipis2. sbb summer. cobaan...
Walaupun puasa 22 jam. tp best. sbb sejuk. dan x haus