Salam Aidilfitri untuk semua umat Islam...
Pada tahun ini merupakan kali pertama berhari raya diperantauan, walaupun bukan seawal 1 Syawal tetapi selepas 2 minggu hari raya. Rindu rasanya untuk pergi ke jamuan rumah terbuka di tanah air. Kasihan pula pada isteri dan anak2 yang tidak dapat menyambut hari raya bersama sehingga akhir. Pengorbanan mereka amat bermakna dalam hidup ini.
Antara gambar rumah terbuka bersama warga Malaysia yang lain yang berada di Norway pada hari raya ini...
Lokasi : Rumah Kak Lin
ni sume otai2 yg dah lama menetap kt oslo....
Kami sedang berborak dengan Pengerusi bebas Malaysian Hall di Norway...
walaupun x dapat amanat dr Msia gov. tapi tanggungjawab tetap dibuat untuk memastikan anak Malaysia terus terbela dibumi orang... hahahaha....
klu korg pndi lg bijaksana... dimanakan 'aku' dalam gambo nih...?
menikmati makanan yg semestinyer dr resepi nenek moyang kita...
sedap sehingga menjilat jari... (xleh tunjuk gambo sebab boleh menjatuhkan air muka)...
sekian sahaja coretan hariraya di Norway...
" Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri "
(emas xder, batu pun xder)
renung2kan lh....